Surat Terakhir Dari Seorang Ibu Tua

Satu ketika dulu doktor datang menyampaikan khabar berita kehamilanku, diri ini bercampur rasa gembira dan bahagia. Semenjak berita gembira itu, aku membawamu ke mana-mana saja selama sembilan bulan. Tidur, berdiri, makan dan bernafas dalam kesulitan, tetapi semua itu tidak mengurangi cinta dan kasih sayangku kepadamu bahkan ia tumbuh bersama berjalannya waktu. Aku mengandungkanmu, wahai anakku! Aku begitu gembira tatkala berasakan melihat terajang kakimu dan balikan badanmu di perutku. Aku berasa puas setiap aku menimbang diriku kerana semakin hari semakin bertambah berat perutku bererti engkau sihat dalam rahimku. Penderitaan yang berpanjangan menderaku, sampailah saat itu ketika fajar pada malam berkenaan ...